Penggodam beretika

Penggodam beretika atau dikenali sebagai topi putih ialah orang yang menggodam ke dalam rangkaian komputer untuk menguji atau menilai keselamatan rangkaian juga sistem maklumat, dan bukannya dengan tujuan jahat atau jenayah.[1][2] Istilah yang dimaksudkan adalah untuk menunjukkan kategori yang lebih luas daripada sekadar ujian penembusan.[3][4] Berbeza dengan topi hitam iaitu penggodam jahat.[5] Walaupun penggodam beretika menggodam dengan niat yang baik dengan izin, dan penggodam topi hitam, yang selalunya mempunyai niat jahat, ada jenis ketiga yang dikenali sebagai penggodam topi kelabu yang menggodam dengan niat baik tetapi kadang-kadang tanpa keizinan.[6]